Skip to main content

PEMBAYARAN TANPA TUNAI MENJADI PILIHAN UTAMA, ACQM AKAN MEMBANTU PENIAGA DAN PENJAJA UNTUK GO CASHLESS

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 meningkatkan penggunaan pembayaran digital dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus mengukuhkan peralihan ke arah masyarakat tanpa tunai menjelang 2025.

Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon, berkata berdasarkan kajian tabiat pembayaran pengguna Visa, 74 peratus rakyat Malaysia menunjukkan bahawa mereka semakin bergerak ke arah tanpa tunai dengan menggunakan pelbagai bentuk kaedah pembayaran digital.

"65 peratus pula menggunakan pembayaran kad tanpa sentuh dan ketika pandemik COVID-19 ini memuncak, manakala 47 peratus meningkatkan penggunaan pembayaran tanpa sentuh.

"Kajian juga menunjukkan bahawa pembayaran tanpa sentuh adalah kaedah pembayaran yang paling digemari oleh rakyat Malaysia untuk kategori seperti pasaraya dan pembelian runcit.

"Ini mungkin disebabkan oleh pembayaran tanpa sentuh dianggap sebagai cara pembayaran yang selamat. Ini kerana, pemegang kad lebih mengutamakan kebersihan fizikal dan tidak perlu berinteraksi dengan sesiapa pun di terminal jualan," katanya kepada BH.

Kong Boon berkata, berdasarkan data Visa juga, lebih enam daripada 10 transaksi fizikal Visa ketika ini adalah menggunakan pembayaran tanpa sentuhan.

Beliau berkata, pembayaran menggunakan kad tetap menjadi salah satu kaedah pembayaran yang paling biasa digunakan di Malaysia, sama ada melalui pembayaran tanpa sentuh atau kad di kedai fizikal serta dalam talian.

Katanya, kad tanpa sentuh juga menjadi pilihan pembayaran yang popular untuk kategori perbelanjaan lain seperti pembelian runcit (45 peratus), makanan (42 peratus), petrol (35 peratus), kesihatan dan kecergasan (33 peratus) dan perjalanan ke luar negara (28 peratus).

"Transaksi dalam talian menggunakan kad dilihat sebagai kaedah pembayaran yang paling digemari bagi beberapa kategori termasuk perjalanan ke luar negara (58 peratus), pembayaran bil (50 peratus), pendidikan (45 peratus) dan hiburan (37 peratus)," katanya.

Kong Boon menambah, pandemik juga mempercepatkan proses digitalisasi negara dan mendorong penggunaan e-dagang sejak 2020.

"Menurut data VisaNet, perbelanjaan e-dagang menyaksikan pertumbuhan dua angka dari tahun ke tahun dan jumlah urus niaga di e-dagang juga meningkat lebih 50 peratus tahun ke tahun.

"Rakyat Malaysia juga meningkatkan perbelanjaan mereka di platform 'marketplace' sebanyak 48 peratus, perniagaan dari rumah sebanyak 40 peratus dan perniagaan tempatan sebanyak 37 peratus.

"Kami percaya bahawa trend ini akan berterusan kerana terdapat peningkatan mengenai keadaan ekonomi negara dan keperluan untuk menyokong perniagaan tempatan," katanya.

Beliau berkata, COVID-19 juga memberikan arah tuju yang lebih jelas mengenai masyarakat tanpa tunai dengan 43 peratus pengguna yakin negara akan menjadi masyarakat tanpa tunai sepenuhnya pada 2025.

Katanya, walaupun trend dan pilihan untuk pembayaran digital semakin meningkat, masih ada peluang bagi Malaysia untuk meningkatkan penggunaan tanpa tunai, terutama dalam segmen yang banyak menggunakan wang tunai.

"Visa akan terus berusaha membina penyelesaian digital yang inovatif untuk rakan kongsi dan pengguna kami.

"COVID-19 mengubah tingkah laku pembayaran pengguna dan meningkatkan minat mereka untuk menggunakan penyelesaian digital baharu yang lancar dan mudah," katanya



#Gocashless
#Godigital
#tanpatunai
#cashless
#digital
#bsn
#terminalbayarantanpatunai
#malaysia

Comments

HUBUNGI KAMI

Name

Email *

Message *

Popular posts from this blog

PERSATUAN PENJAJA & PENIAGA KECIL MELAYU GEMILANG JOHOR PARLIMEN PONTIAN & PARLIMEN TANJUNG PIAI GO CASHLESS BERSAMA ACQM.

Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor Parlimen Pontian dan Tanjung Piai telah mengadakan Program Kesedaran Pendigitalan kepada para ahlinya. Pada masa yang sama majlis ini juga melihat seramai 20 penyertaan ahli Gemilang menjadi merchant ACQM. Mereka dengan itu akan menjalankan perniagaan secara tanpa tunai (cashless) selari dengan hasrat Menteri Besar Johor supaya Johor ke arah pendigitalan. Pada Hari tersebut program telah dijalankan dan seramai lebih dari 20 kehadiran ahli telah turut bersama di samping Program telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia  Tuan  Hj .Mohd  Israk  Bin Abdullah Ketua WHIP Majlis Daerah Pontian . Menurut Tuan Nor Hassan Ibrahim Pengerusi Gemilang Pontian mengatakan tawaran oleh pihak ACQM sangat berpatutan kerana hanya dengan RM12 sahaja peniaga mahupun penjaja, tambahan dengan permohonan yang mudah akan membantu lebih ramai peniaga dan penjaja walaupun secara kecilan mampu menjalankan perniagaan mereka secara cashless da...

Salah satu kriteria usahawan yang berjaya adalah mengikut perkembangan semasa. Go Cashless bersama kami.

 Sudah ramai usahawan yang berubah kepada cashless, bukan sahaja menjaga kualiti produk tetapi aspek memudahkan pelanggan adalah menjadi keutamaan. Jom Cashless hanya dengan RM12 sahaja anda akan mentransformasikan perniagaan anda kepada perniagaan tanpa tunai. Boleh terima pembayaran menggunakan debit kad, kredit kad dan e-wallets.

Sayembara Program Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor (Parlimen Pontian & Tg Piai) mengadakan Taklimat Panduan Permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor dan perniagaan tanpa tunai (cashless).

Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar. Ahli persatuan telah mendapat taklimat mengenai geran keusahawanan PUJB dan juga prosedur untuk memiliki dan menjalankan program perniagaan tanpa tunai bersama ACQM services sdn bhd. Semoga lebih ramai lagi usahawan di luar sana mentranformasikan perniagaan kepada digital dan cashless. #Gocashless #Godigital #tanpatunai #cashless #digital #bsn #acqm #terminalbayarantanpatunai #perantiterimabayaran #malaysia