Skip to main content

Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Pontian Amanah Ikhtiar Malaysia Go Cashless Bersama ACQM

 Pada 9 Jan 2023, pihak ACQM dijemput bersama untuk sesi penerangan berkenangan Go Cashless ataupun perniagaan tanpa tunai kepada lebih dari 80 ahli AIM di Pontian. Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Kelab Usahawan Sahabat AIM Pontian Pn Norani Bt Mohd Halel kerana memberi kesempatan dan ruang untuk kami. Syukur alhamdulillah kerana rata rata ahli sangat berpuashati dengan tawaran kami untuk membantu mentransformasikan perniagaan mereka kepada tanpa tunai yang sememangnya akan membantu menaikkan imej perniagaan tetapi yang peling penting adalah kebaikan dan manfaat yang akan diperolehi oleh para usahawan, peniaga atau penjaja itu sendiri.

Tawaran kami serendah RM12 buat permulaan  akan membantu semua ahli ahli AIM khasnya untuk mendapat sistem tanpa tunai yang terbaik dan efisien.

Semasa sesi penerangan, kami telah terima pelbagai reaksi dan respon yang sangat positif dan ini memberi gambaran yang jelas bahawa usahawan usahawan kita sebenarnya telah bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh untuk memajukan perniagaan mereka. Tahniah untuk semua ahli AIM kerana semangat dan dedikasilah senjata utama yang akan drive setiap dari kita untuk terus mencipta kejayaan dalam perniagaan. Apapun pihak kami di ACQM terus komited untuk membantu semua usahawan, peniaga dan penjaja untuk Go Cashless.










#Gocashless
#Godigital
#tanpatunai
#cashless
#digital
#acqm
#terminalbayarantanpatunai
#malaysia


Comments

HUBUNGI KAMI

Name

Email *

Message *

Popular posts from this blog

PERSATUAN PENJAJA & PENIAGA KECIL MELAYU GEMILANG JOHOR PARLIMEN PONTIAN & PARLIMEN TANJUNG PIAI GO CASHLESS BERSAMA ACQM.

Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor Parlimen Pontian dan Tanjung Piai telah mengadakan Program Kesedaran Pendigitalan kepada para ahlinya. Pada masa yang sama majlis ini juga melihat seramai 20 penyertaan ahli Gemilang menjadi merchant ACQM. Mereka dengan itu akan menjalankan perniagaan secara tanpa tunai (cashless) selari dengan hasrat Menteri Besar Johor supaya Johor ke arah pendigitalan. Pada Hari tersebut program telah dijalankan dan seramai lebih dari 20 kehadiran ahli telah turut bersama di samping Program telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia  Tuan  Hj .Mohd  Israk  Bin Abdullah Ketua WHIP Majlis Daerah Pontian . Menurut Tuan Nor Hassan Ibrahim Pengerusi Gemilang Pontian mengatakan tawaran oleh pihak ACQM sangat berpatutan kerana hanya dengan RM12 sahaja peniaga mahupun penjaja, tambahan dengan permohonan yang mudah akan membantu lebih ramai peniaga dan penjaja walaupun secara kecilan mampu menjalankan perniagaan mereka secara cashless da...

Salah satu kriteria usahawan yang berjaya adalah mengikut perkembangan semasa. Go Cashless bersama kami.

 Sudah ramai usahawan yang berubah kepada cashless, bukan sahaja menjaga kualiti produk tetapi aspek memudahkan pelanggan adalah menjadi keutamaan. Jom Cashless hanya dengan RM12 sahaja anda akan mentransformasikan perniagaan anda kepada perniagaan tanpa tunai. Boleh terima pembayaran menggunakan debit kad, kredit kad dan e-wallets.

Sayembara Program Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor (Parlimen Pontian & Tg Piai) mengadakan Taklimat Panduan Permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor dan perniagaan tanpa tunai (cashless).

Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar. Ahli persatuan telah mendapat taklimat mengenai geran keusahawanan PUJB dan juga prosedur untuk memiliki dan menjalankan program perniagaan tanpa tunai bersama ACQM services sdn bhd. Semoga lebih ramai lagi usahawan di luar sana mentranformasikan perniagaan kepada digital dan cashless. #Gocashless #Godigital #tanpatunai #cashless #digital #bsn #acqm #terminalbayarantanpatunai #perantiterimabayaran #malaysia