PERSATUAN PENJAJA & PENIAGA KECIL MELAYU GEMILANG JOHOR PARLIMEN PONTIAN & PARLIMEN TANJUNG PIAI GO CASHLESS BERSAMA ACQM.
Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor Parlimen Pontian dan Tanjung Piai telah mengadakan Program Kesedaran Pendigitalan kepada para ahlinya. Pada masa yang sama majlis ini juga melihat seramai 20 penyertaan ahli Gemilang menjadi merchant ACQM. Mereka dengan itu akan menjalankan perniagaan secara tanpa tunai (cashless) selari dengan hasrat Menteri Besar Johor supaya Johor ke arah pendigitalan. Pada Hari tersebut program telah dijalankan dan seramai lebih dari 20 kehadiran ahli telah turut bersama di samping Program telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Tuan Hj .Mohd Israk Bin Abdullah Ketua WHIP Majlis Daerah Pontian . Menurut Tuan Nor Hassan Ibrahim Pengerusi Gemilang Pontian mengatakan tawaran oleh pihak ACQM sangat berpatutan kerana hanya dengan RM12 sahaja peniaga mahupun penjaja, tambahan dengan permohonan yang mudah akan membantu lebih ramai peniaga dan penjaja walaupun secara kecilan mampu menjalankan perniagaan mereka secara cashless da...




Comments
Post a Comment