Skip to main content

KEBAIKAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI, JOM CASHLESS

 Pembayaran tanpa tunai atau cashless bukan lagi benda baru dalam masyarakat kita. Malah, ia dah jadi amalan masyarakat di negara maju dan Malaysia sendiri apabila kita lihat, di mana-mana pun termasuklah gerai makan di tepi jalan pun dah mula menyediakan servis pembayaran tanpa tunai.




Jimat Masa
“Waktu-waktu covid ni, lebih baik duduk rumah je kalau takde urusan penting di luar. Lagi mudah sekarang ni dah boleh buat transaksi tanpa tunai pada bila-bila masa dan di mana-mana mengikut keselesaan dan kesesuaian kita. Tak payah susah-susah nak keluar. Selalunya, untuk beli barang dapur atau pesan makanan pun memang saya akan bayar menggunakan perbankan dalam talian je. Mudah!”

Tak perlu beratur di bank
“Bila kena beratur dan tunggu lama di bank memang boleh buat hilang mood. Sekarang ni, nak bayar bil dan utiliti pun semua boleh buat melalui JomPAY je. Kalau korang takut terlupa bayar bil, pakai je DirectDebit untuk set bayaran berkala (recurring payments). Senangnya!

Lebih selamat dan boleh kawal perbelanjaan
“Kalau nak shopping, tak payah bawak cash banyak-banyak. Bahaya! Kalau tak cukup cash masa nak bayar pun no problem. Guna je kad yang memang confirm akan bawa iaitu kad ATM, dah boleh bayar barang yang dibeli melalui MyDebit. Bila tak pegang cash banyak-banyak, takdelah rasa nak beli macam-macam”

Senang nak urus perniagaan
“Bila buat bisnes yang menggunakan jual beli secara tunai ni kena hati-hati. Bayangkan tiap-tiap hari nak depositkan wang tunai berpuluh ribu ringgit ke dalam akaun bank. Nak kira pun susah dan kena teliti. Kalau short sikit duit sebab human error, tak pasal-pasal kena ganti duit sendiri. Sebab tu, saya lebih suka transaksi tanpa tunai. Jimat masa, lebih selamat dan mudah nak kira kutipan perniagaan harian dengan tepat”



#Gocashless
#Godigital
#tanpatunai
#cashless
#digital
#bsn
#terminalbayarantanpatunai
#malaysia



Comments

HUBUNGI KAMI

Name

Email *

Message *

Popular posts from this blog

PERSATUAN PENJAJA & PENIAGA KECIL MELAYU GEMILANG JOHOR PARLIMEN PONTIAN & PARLIMEN TANJUNG PIAI GO CASHLESS BERSAMA ACQM.

Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor Parlimen Pontian dan Tanjung Piai telah mengadakan Program Kesedaran Pendigitalan kepada para ahlinya. Pada masa yang sama majlis ini juga melihat seramai 20 penyertaan ahli Gemilang menjadi merchant ACQM. Mereka dengan itu akan menjalankan perniagaan secara tanpa tunai (cashless) selari dengan hasrat Menteri Besar Johor supaya Johor ke arah pendigitalan. Pada Hari tersebut program telah dijalankan dan seramai lebih dari 20 kehadiran ahli telah turut bersama di samping Program telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia  Tuan  Hj .Mohd  Israk  Bin Abdullah Ketua WHIP Majlis Daerah Pontian . Menurut Tuan Nor Hassan Ibrahim Pengerusi Gemilang Pontian mengatakan tawaran oleh pihak ACQM sangat berpatutan kerana hanya dengan RM12 sahaja peniaga mahupun penjaja, tambahan dengan permohonan yang mudah akan membantu lebih ramai peniaga dan penjaja walaupun secara kecilan mampu menjalankan perniagaan mereka secara cashless da...

Salah satu kriteria usahawan yang berjaya adalah mengikut perkembangan semasa. Go Cashless bersama kami.

 Sudah ramai usahawan yang berubah kepada cashless, bukan sahaja menjaga kualiti produk tetapi aspek memudahkan pelanggan adalah menjadi keutamaan. Jom Cashless hanya dengan RM12 sahaja anda akan mentransformasikan perniagaan anda kepada perniagaan tanpa tunai. Boleh terima pembayaran menggunakan debit kad, kredit kad dan e-wallets.

Sayembara Program Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor (Parlimen Pontian & Tg Piai) mengadakan Taklimat Panduan Permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor dan perniagaan tanpa tunai (cashless).

Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar. Ahli persatuan telah mendapat taklimat mengenai geran keusahawanan PUJB dan juga prosedur untuk memiliki dan menjalankan program perniagaan tanpa tunai bersama ACQM services sdn bhd. Semoga lebih ramai lagi usahawan di luar sana mentranformasikan perniagaan kepada digital dan cashless. #Gocashless #Godigital #tanpatunai #cashless #digital #bsn #acqm #terminalbayarantanpatunai #perantiterimabayaran #malaysia