Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

BAJET 2023 MEMBANTU IKS DAN PENJAJA

  PERDANA  Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Belanjawan hari ini. YAB Dato' Seri  Anwar  Bin  Ibrahim  yang juga merupakan menteri kewangan berkata, keutamaan Belanjawan 2023 akan diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor berimpak tinggi seperti teknologi, pertanian dan tenaga boleh baharu serta mempunyai keupayaan eksport. #Gocashless #Godigital #tanpatunai #cashless #digital #bsn #acqm #terminalbayarantanpatunai #perantiterimabayaran #malaysia #iks #bajet2023

PERSATUAN INDUSTRI DESA (REA) TERUS KUKUH DAN KOMITED MEMBANTU USAHAWAN MELALUI PENDIGITALAN DAN INOVASI

 Pada hari khamis 16 Februari, persatuan sekali lagi mengadakan program bertujuan untuk membantu usahawan yang ada daya saing untuk bersama dalam program pendigitalan dan matching business. REA mengharapkan agar usahawan REA dapat mendaftarkan diri dan mengikuti setiap perancangan yang telah disusun - menurut pengerusinya Pn Hjh Hapsah Rahmat yang berpengalaman luas dalam keusahawanan. Menurut beliau usahawan perlu berani melakukan perubahan kearah pendigitalan agar perniagaan mereka akan kekal relevan dan terus bersaing. Antara kriteria ahli REA ialah setiap perniagaan ahli ahlinya akan menjalankan perniagaan secara tanpa tunai dan inilah identiti REA yang menyokong aspirasi kerajaan iaitu pelan Mydigital dan terus memartabatkan industri desa itu sendiri.

ACQM Services SDN BHD komited membantu peniaga dan penjaja untuk menjalankan perniagaan secara tanpa tunai dengan permulaan RM12.

Bersama Puan Azreen pegawai di Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd pada 8 Februari 2023.

Sesi Penerangan di Pejabat PUJB Iskandar Puteri

 Pada hari ini kami berkesempatan untuk memberi penerangan kepada Pihak PUJB di Pejabat PUJB Gelang Patah.  Terima Kasih diucapkan kepada Pn Azreen pegawai yang menerima kunjungan kami dan sempat kami berkongsi dan bertukar fikiran demi membantu usahawan usahawan dibawah PUJB untuk menggunakan kemudahan terminal terima pembayaran (cashless) yang boleh membantu melonjakkan lanskap perniagaan usahawan, peniaga dan penjaja di Johor khasnya. Hanya serendah RM12 peniaga dan penjaja sudah boleh memulakan tranformasi perniagaan kepada tanpa tunai. Tujuan kami ialah untuk membantu peniaga dan penjaja kerana polisi kami ialah tanpa deposit dan tanpa yuran pasti akan memberi kemudahan yang besar kepada usahawan sendiri. Kepada usahawan diluar sana mulakan langkah hari ini juga dengan terus menghubungi kami untuk Go Cashless.

Sayembara Program Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor (Parlimen Pontian & Tg Piai) mengadakan Taklimat Panduan Permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor dan perniagaan tanpa tunai (cashless).

Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar. Ahli persatuan telah mendapat taklimat mengenai geran keusahawanan PUJB dan juga prosedur untuk memiliki dan menjalankan program perniagaan tanpa tunai bersama ACQM services sdn bhd. Semoga lebih ramai lagi usahawan di luar sana mentranformasikan perniagaan kepada digital dan cashless. #Gocashless #Godigital #tanpatunai #cashless #digital #bsn #acqm #terminalbayarantanpatunai #perantiterimabayaran #malaysia  

HUBUNGI KAMI

Name

Email *

Message *